Privacy Policy

Polisi Privasi (Malay Privacy Policy)

{“order”:0,”name”:”leadership_profile”,”attributes”:{“text”:”<h3>CHIEF EXECUTIVE OFFICER</h3>n<p>David L. Calhoun is Chief Executive Officer of Nielsen. He was appointed to this role in August 2006.</p>n<p>Prior to joining Nielsen, David served as Vice Chairman of The General Electric Co. and President and Chief Executive Officer of GE Infrastructure, the largest of six GE business units. Under Davidu2019s leadership, this business annually contributed more than $47 billion in revenues and $9 billion in profits to the company, driven by a team of over 120,000 employees around the world.</p>n<p>During his 26-year career with General Electric, David served as President and Chief Executive Officer of multiple business units, including GE Lighting, GE Employers Reinsurance Co., GE Aircraft Engines, GE Transportation (Aircraft and Rail) and ultimately GE Infrastructure. </p>n<p>Earlier in his career at General Electric, David held a wide range of operating, finance, and marketing roles across the corporate team as well as within GE Plastics and GE Capital. David joined GE after graduating from Virginia Tech in 1979.</p>n<p>David is the co-author of a book with Rick Kash titled <a href=”http://www.howcompanieswin.com/”>How Companies Win</a>. He also sits on the Board of Directors of The Boeing Company and Caterpillar, and is a member of Virginia Techu2019s Pamplin Advisory Council, which advises the university on student and alumni issues.</p>n<p> </p>n”,”jcr:mixinTypes”:”[cq:LiveRelationship]”,”cq:lastRolledout”:”{Date}2014-02-12T19:34:51.845-05:00″,”cq:lastRolledoutBy”:”admin”,”sling:resourceType”:”nielsenglobal/components/content/generic/leadership-profile”},”children”:[{“order”:0,”name”:”image”,”attributes”:{“fileReference”:”/content/dam/nielsenglobal/us/images/about-us/leadership/leadership_Dave_Calhoun_157x178.jpg”,”imageRotate”:”0″,”jcr:lastModified”:”{Date}2014-02-12T19:34:18.711-05:00″,”jcr:lastModifiedBy”:”admin”,”jcr:mixinTypes”:”[cq:LiveRelationship]”,”jcr:primaryType”:”nt:unstructured”,”cq:lastRolledout”:”{Date}2014-02-12T19:34:51.847-05:00″,”cq:lastRolledoutBy”:”admin”,”sling:resourceType”:”foundation/components/image”},”children”:null}]}

TENTANG NIELSEN

Tarikh Berkuatkuasa: 1 Februari, 2014

Nielsen amat prihatin tentang isu privasi dan kami ingin anda mengetahui bagaimanakah kami mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat. Untuk makluman anda, Polisi Privasi ini meliputi pengumpulan dan penggunaan maklumat untuk laman web ini, http://www.nielsen.com (“Laman” atau “kami”). Laman ini adalah miliki Nielsen.

Dengan menggunakan Laman ini, ini bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang terkandung dalam polisi privasi ini.

Nielsen (NYSE: NLSN) merupakan sebuah syarikat global terunggul dalam bidang penilaian dan maklumat pasaran bagi kepenggunaan, pemasaran, penilaian televisyen dan media lain, perisikan dalam talian, penilaian mudah alih, pameran perdagangan dan berkaitan dengan aset. Nielsen beroperasi di hampir 100 buah negara dan beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nielsen.com.

Apakah Maklumat Yang Kami Kumpul

Bagaimanakah Kami Menggunakan Maklumat

Bilakah Kami Kongsi Maklumat Anda

Laman Pihak Ketiga

Keselamatan

Pilihan dan Akses

Tempoh Pengekalan

Penggunaan Laman oleh Kanak-Kanak

Pemindahan Merentasi Sempadan

Maklumat Sensitif

Pengemaskinian Terhadap Polisi Privasi Ini

Hubungi Kami

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL

Maklumat yang anda berikan kepada kami. Apabila anda mengemukakan sebarang pertanyaan, membeli sebarang laporan kami, meminta maklumat atau memberi maklum balas tentang atau berkaitan dengan Laman ini, kami akan meminta anda memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat surat menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, dan maklumat kad kredit anda. Kami juga mungkin akan meminta anda memberikan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pemintaan anda, seperti lokasi di mana anda berada, pekerjaan anda, cara perhubungan yang anda gemari dan maklumat-maklumat lain.

Maklumat yang anda gunakan dalam Laman ini. Kami akan menerima maklumat secara automatik apabila anda melayari Laman kami. Ia termasuk maklumat tentang alamat Protokol Internet (IP address) anda, maklumat tentang pelayar (Browser), maklumat yang dikumpulkan melalui cookies, pixel tag dan teknologi-teknologi lain, tarikh dan masa anda melayari, dan laman web yang anda layari sebelum anda melayari Laman ini.

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT

Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang anda berikan secara sukarela kepada kami:

·       Untuk menjawab pertanyaan dan permintaan anda.

·       Untuk menghantar maklumat penting yang berkaitan dengan Laman, perubahan terma, syarat dan polisi, dan/ atau maklumat pentadbiran yang lain.

·       Untuk memproses transaksi.

·       Untuk menghantar iklan komunikasi yang kami percaya mungkin merupakan minat anda.

·       Untuk tujuan perniagaan kami, seperti menganalisis data, audit, membangunkan produk-produk baharu, menaiktaraf Laman kami, menambahbaik perkhidmatan kami, mengenal pasti trend penggunaan dan menentukan keberkesanan sistem komunikasi kami.

Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat yang kami perolehi daripada penggunaan Laman ini dengan cara-cara berikut:

·       Alamat IP (IP address) anda: “Alamat IP” anda adalah nombor yang ditentukan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider, ISP) secara automatik kepada komputer yang anda gunakan. Alamat IP dikenal pasti dan disimpan secara automatik di dalam fail log server kami apabila anda melayari Laman kami, waktu anda melayari Laman dan halaman yang telah anda layari. Mengumpul Alamat IP merupakan amalan standard dalam Internet dan ia dilakukan secara automatik oleh kebanyakan laman web.

Kami akan menggunakan Alamat IP untuk tujuan seperti pengiraan tahap penggunaan Laman, membantu untuk mengenal pasti masalah server, dan menguruskan Laman ini. Kami juga akan mengguna dan mendedahkan Alamat IP untuk semua tujuan kami mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi. Sila ambil perhatian bahawa kami menganggap Alamat IP, fail log server dan maklumat yang berkaitan dengannya sebagai bukan maklumat peribadi, melainkan kami perlu melakukan perkara sebaliknya di bawah undang-undang berkenaan.

·       Pelayar (Browser) Internet anda: Sesetengah maklumat dikumpul melalui kebanyakan pelayar(browser) Internet, seperti Media Access Control (MAC), jenis komputer (Windows atau Macintosh), peleraian skrin (screen resolution), versi sistem operasi, dan jenis serta versi pelayar (browser) Internet.

Cookies: Cookies membolehkan web server memindahkan data kepada komputer untuk menyimpan rekod dan tujuan-tujuan yang lain. Kedua-dua cookies session dan persistent mungkin akan digunakan untuk disambungkan kepada Laman ini. Cookies ini akan digunakan untuk tujuan keselamatan, untuk memudahkan navigasi, untuk memaparkan maklumat dengan lebih berkesan dan untuk melayan anda dengan lebih baik melalui maklumat yang lebih sesuai dengan anda, dan juga untuk tujuan pengesanan dalam talian. Kami juga mungkin akan menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat statistik mengenai penggunaan Laman ini supaya kami dapat menambahbaik reka bentuk dan fungsi Laman ini, untuk memahami bagaimanakah penguna menggunakan Laman ini, dan membantu kami untuk menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan Laman ini.

Kami menggunakan Google Analytics untuk membantu kami menganalisa bagaimanakah pengunjung menggunakan Laman ini. Google Analytics turut menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat mengenai bilangan pengunjung yang melayari Laman, laman web yang dirujuk oleh pengunjung untuk melayari Laman ini, dan laman yang pengunjung layari dalam Laman ini. Cookies Google Analytics akan terus kekal di komputer anda walaupun anda menutup pelayar (browser) Internet anda; cookies jenis ini dikenali sebagai “persistent” cookies.

Sekiranya anda tidak mahu maklumat anda dikumpul melalui penggunaan cookies, terdapat satu prosedur yang mudah dalam kebanyakan pelayar (browser) Internet yang membenarkan anda menolak penggunaan cookies. Beberapa ciri Laman ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik jika anda menolak penggunaan cookies. Untuk mengetahui mengenai cookies dengan lebih lanjut lagi, sila layari http://www.allaboutcookies.org/ yang terdapat di luar Laman ini. Untuk mengecualikan diri daripada dikesan oleh Google Analytics di semua laman web, sila layari http://tools.google.com/dlpage/gaoptout yang terdapat di luar Laman ini.

·       Pixel tags, web beacons, clear GIF atau teknologi-teknologi lain yangserupa dengannya: Ia mungkin digunakan dalam sambungan sesetengah halaman dan mesej e-mel berformat HTML, antara lain, untuk mengesan tindakan pengguna Laman dan penerima e-mel, menilai kejayaan komunikasi kami dan mengumpul statistik mengenai penggunaan Laman ini dan kadar bertindak balas.

Kami mungkin akan mengguna dan mendedahkan maklumat ini selaras dengan undang-undang tempatan.

Sekiranya kami menggabungkan maklumat bukan peribadi (maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri anda) dengan maklumat peribadi anda (seperti menggabungkan nama anda dengan lokasi geografi anda), maklumat yang digabungkan itu akan dianggap sebagai maklumat peribadi selagi ia digabungkan.

BILAKAH KAMI KONGSI MAKLUMAT ANDA

Kami mungkin akan mendedahkan maklumat anda:

·       Kepada ahli-ahli lain dalam keluarga syarikat Nielsen untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasiini. Syarikat induk Nielsen di Amerika Syarikat adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan maklumat peribadi yang digunakan bersama.

·       Kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami yang menyediakan perkhidmatan seperti hosting laman web, analisis data, penyediaan infrastruktur, perkhidmatan IT, khidmat pelanggan, perkhidmatan penghantaran e-mel, pemprosesan kad kredit, perkhidmatan audit dan lain-lain perkhidmatan yang seumpamanya untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan. Syarikat-syarikat ini perlu menyimpan maklumat tersebut sebagai sulit dan tidak dibenar menggunakan maklumat ini untuk sebarang tujuan lain kecuali untuk menjalankan perkhidmatan yang mereka lakukan untuk pihak kami seperti yang ditera dalam kontrak kami.

·       Untuk mengenalkan anda kepada sesiapa yang anda menghantar mesej kepadanya melalui Laman ini.

·       Oleh anda, dalam papan pesanan (message boards), chat, halaman profil dan blog dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mana anda dapat menghantar maklumat dan bahan-bahan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang maklumat yang anda hantar atau dedahkan melalui perkhidmatan ini akan menjadi maklumat umum dan mungkin boleh dilihat oleh pengunjung-pengunjung lain yang melayari Laman ini dan untuk tatapan masyarakat umum. Kami menggesa anda supaya berhati-hati apabila membuat keputusan untuk mendedahkan maklumat peribadi anda, atau maklumat-maklumat lain dalam Laman ini.

·       Kepada pihak ketiga, sekira berlakunya penyusunan semula, penggabungan, jualan, usaha sama, tugasan, pemindahan atau pelupusan dalam semua atau mana-mana bahagian dalam perniagaan, aset atau saham kami (termasuk apa-apa yang berkaitan dengan kebankrapan atau prosiding yang serupa).

·       Kami percaya adalah perlu atau sesuai: (a) di bawah undang-undang berkenaan; (b) dengan mematuhi proses undang-undang; (c) dalam bertindak balas terhadap permintaan daripada pihak berkuasa awam dan Kerajaan termasuk pihak berkuasa awam dan Kerajaan di luar negara ; (d) dengan menguatkuasakan terma-terma dan syarat-syarat kami; (e) untuk melindungi operasi kami atau mana-mana ahli gabungan kami; (f) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta, dan/ atau ahli gabungan kami, anda atau pihak lain; dan (g) untuk membolehkan kami meneruskan remedi sedia ada atau mengehadkan sebarang kerosakan yang mungkin kami alami.

LAMAN PIHAK KETIGA

Polisi Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas privasi, maklumat atau amalan-amalan lain daripada pihak ketiga, termasuk sebarang pihak ketiga yang mengendalikan apa-apa laman yang mana Laman ini mempunyai pautannya. Rangkuman pautan dalam Laman ini tidak membayangkan pengesahan laman pautan tersebut oleh pihak kami atau pihak gabungan kami.

KESELAMATAN

Kami menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi di bawah kawalan kami. Akan tetapi, tiada penghantaran data dalam talian Internet atau sistem simpanan data yang dijamin 100% selamat. Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan pihak kami tidak lagi selamat (contohnya, sekiranya anda berasa curiga dengan keselamatan sebarang akaun yang anda milki dengan kami), sila maklumkan masalah ini kepada kami dengan segera melalui seksyen “Hubungi Kami” di bawah.

PILIHAN DAN AKSES

Sekiranya anda tidak mahu menerima surat berita (newsletters) elektronik, komunikasi pemasaran dan lain-lain komunikasi yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kami lagi, anda boleh menekan link “unsubscribe” yang terdapat di setiap e-mel atau hubungi kami dan meminta untuk dikeluarkan daripada pangkalan data pemasaran e-mel kami.

Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya anda ingin mengkaji semula, membetulkan, mengemaskini, menyekat (suppress) atau mengehadkan penggunaan maklumat peribadi yang anda berikan kepada pihak kami sebelum ini.

Kami akan cuba untuk memenuhi permintaan anda secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk menarik diri sebagaimana yang diterangkan di atas, kami tidak akan dapat menghapuskan maklumat peribadi anda daripada pangkalan data gabungan kami yang telah kami kongsikan. Sekali lagi sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk tidak menerima mesej pemasaran daripada pihak kami, kami mungkin akan menghantar mesej pentadbiran yang penting kepada anda sebagai sebahagian daripada produk atau perkhimatan yang sedang anda gunakan.

TEMPOH PENGEKALAN

Kami akan mengekalkan maklumat peribadi anda dalam tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang digariskan dalam Polisi Privasi ini, melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

PENGGUNAAN LAMAN OLEH KANAK-KANAK

Laman ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak, dan kami meminta kanak-kanak di bawah 18 tahun agar tidak memberikan maklumat peribadi di Laman ini.

PEMINDAHAN MERENTASI SEMPADAN

Maklumat peribadi anda mungkin akan disimpan dan diproses di negara-negara yang mana kami mempunyai kemudahan dan peralatan untuk menjalankannya. Dengan menggunakan Laman kami, ini bermakna anda bersetuju untuk memindahkan maklumat ke negara-negara yang berada di luar negara, termasuk Amerika Syarikat, yang mana ia mempunyai peraturan perlindungan data yang berbeza berbanding dengan negara anda.

MAKLUMAT SENSITIF

Kami menyarankan kepada anda supaya tidak menghantar dan tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi yang sensitif (seperti maklumat yang berkaitan dengan keturunan etnik atau bersifat perkauman, pendapat politik, agama atau kepercayaan lain, kesihatan, latar belakang jenayah atau keanggotaan kesatuan sekerja) kepada kami, di dalam atau melalui Laman ataupun sebaliknya.

PENGEMASKINIAN POLISI PRIVASI INI

Untuk makluman anda, kami mungkin akan mengubah Polisi Privasi ini. Sila lihat kepada agenda “Tarikh Berkuatkuasa” (“Effective Date”) di atas halaman ini untuk mengetahui semakan terakhir Polisi Privasi ini. Sebarang perubahan akan berkuatkuasa selepas kami mengumumkan semakan terakhir Polisi Privasi dalam Laman ini. Penggunaan Laman ini selepas perubahan dilakukan bermaksud anda telah menerima semakan terakhir Polisi Privasi.

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan Privacy Policy ini.

Sila ambil perhatian bahawa komunikasi dalam talian adalah tidak selamat; oleh itu jangan masukkan sebarang maklumat sensitif dalam pertanyaan anda kepada kami.